Makan Malam Bersama Pelajar Antarabangsa USIM

Selamat datang pelajar ‘international’ ke bumi USIM.

USIM ke arah antarabangsa. Dengan kehadiran pelajar dari luar negara membantu imej antarabangsa dikalangan warganya. Kali ini, negara yang terlibat menghantar pelajarnya ke USIM seperti Nigeria, China, Iraq dan lain-lain (tak ingat).

Satu pertemuan antara pelajar antarabangsa ini dengan pihak USIM telah diadakan dengan dihadiri Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, TNC HEPA USIM. Majlis makan malam dimulai dengan sedikit ucapan wakil pelajar antarabangsa, Adam (bukan nama penuh) dari Nigeria.

Antara pesanan kepada pelajar antarabangsa ini, hendaklah membantu pelajar tempatan di USIM di dalam memahirkan diri berbicara dengan bahasa pengantar USIM iaitu Bahasa Arab dan Inggeris. Ini kerana, pelajar tempatan tiada pilihan jika ingin bercakap dengan mereka melainkan dua bahasa tersebut.

Dinasihatkan, para pelajar hendaklah mengambil peluang ini jika malu berbahasa (aran dan inggeris) dengan para pensyarah di dalam bilik kuliah. Penguasaan sesuatu bidang tidak mungkin berhasil jika kita tidak betul-betul iltizam dalam menguasai bahasa-bahasa ini.

Kuasailah banyak bahasa kerana ianya jambatan di dalam menuju sesuatu mercu kejayaan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s