
AJK C-Fest makan KFC
Tahniah kepada semua graduan USIM. Anda memang pelajar yang terbaik.
Untuk makluman rakan-rakan semua, Konvokesyen Keenam USIM bakal diadakan pada 20 Disember 2008 nanti (sila layari website rasmi USIM). Konvokesyen kali ini dijangka akan lebih meriah dengan adanya Pesta Konvokesyen Keenam USIM nanti.
Diperingkat perbincangan awal dikalangan Jawatankuasa Induk Peringkat Pelajar yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar, bersetuju mengadakan pesta tersebut selang dua minggu setelah selesai Konvokesyen Keenam tersebut.
Ini berikutan permulaan pendaftaran semester kedua sesi akademik 2008/2009 dan memberi ruang kepada semua pelajar menyelesaikan sesi pendaftaran dan perkara-perkara berkaitan.
Pelbagai aktiviti telah dirangka yang bakal membawa sedikit citra baru kepada suasana di kampus USIM kali ini. Antaranya Kejohanan Inter-Varsity Futsal IPT, The Malaysia Books of Record, Kursus Pra-Perkahwinan Islam, gerai-gerai jualan dan sebagainya.
Kelainan sistem pelaksanaan diperingkat Jawatankuasa Pelajar adalah mengadakan kerjasama diantara semua Kelab/Persatuan Pelajar, pihak fakulti. Ini bertujuan mewujudkan ‘demam’ sempena sambutan Pesta Konvonkesyen Keenam USIM atau C-FEST.
Akhirnya, moga rakan-rakan menyertai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan nanti. Nantikan ‘kedemaman’ C-FEST Keenam. Salam konvokesyen.