“Kau sibuk sangatlah”

Mehnah Latih Qalbu

Mehnah Latih Qalbu

Sekadar celoteh.

“Tanggungjawab lebih banyak daripada waktu (24 jam sahaja)”. Inilah kata-kata yang selama ini disemat didalam jiwa. Memang ‘macam’ sibuk, lagi-lagi hidup di alam kampus ini. Kebetulan Allah SWT pinjamkan sekejap amanah yang mana nak menguji ketahanan diri dan keikhlasan hati, iaitu “memimpin pelajar/mahasiswa”.

Kelambakkan kerja (persatuan) atau assignments kadang-kadang buat diri jadi serabut dan tidak terurus. Biarlah orang tengok macam ‘ok’. Dalam hati, Allah SWT sahaja yang tahu.

Tirai kedua medan kepimpinan pelajar kali ini memang betul-betul mencabar ketepatan membuat keputusan dan pembahagian masa yang baik. Kadang-kadang segmen seharian telah dirangka namun, pelaksanaannya tidak begitu memberangsangkan. Entahlah, mungkin terlalu terkerja-kerja.

Bayangkan, hampir setiap minggu dihujani aktiviti-aktiviti. Fokus di dalam pengajian pun boleh terganggu walau sedikit (asyik khayal, risau dan sebagainya). Ah! Allah SWT nak menguji keikhlasan jiwa para pemimpin pilihan-NYA.

Maka benarlah, untuk menjadi seorang yang hebat mesti lalui jalan yang hebat juga. Jiwanya mesti kental, akalnya mesti tajam, pergerakkannya mesti tangkas. Inilah ujian yang perlu ditempuhi walau apa tawarannya.

Ingatlah, ujian ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita diluar sana. Pokoknya, mencapai sesuatu yang hebat haruslah menempuh jalan yang sukar. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Akhirnya, doakan kita mampu membuktikan kepada Allah SWT yang kita ini benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Salam permisi.

One thought on ““Kau sibuk sangatlah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s