Ramadhan Al-Kareem

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kalau kita dipanjangkan umur lagi. Mungkin inilah medan untuk kita sama-sama mencari keredhaan Allah SWT dan dalam masa yang sama untuk kita muhasabah diri sebagai seorang hamba-Nya.

Ramadhan bertandang kali ini memenuhi bulan september. Cukup satu bulan! Maka rancanglah ramadhan kita. Dari segi tarawih, qiraatul quran (khatam), amalan sunat apatah lagi yang wajib, berpuasa (segalanya) dan lain-lain.

Ramai yang menyatakan ramadhan ini Madrasah (sekolah). Maka, kemaskini diri dari dalaman hinggalah ke luarannya. Biarlah ramadhan kali ini dapat mentarbiyah jiwa rohani kita supaya tunduk dengan suruhan-Nya. Tambahan, membina jiwa-jiwa yang gah seperti para sahabat Nabi SAW semasa peperangan Badr yang berlaku di dalam bulan ramadhan yang mulia ini.

Akhir kalam, Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Moga ramadhan kali ini melembutkan hati kita supaya lebih dekat dengan-Nya.

Fokus, ‘Smart’ Dan Berkat

Sekali lagi kita berkongsi.

Insha-Allah malam ini bermulanya siri ujian dalam semester kali ini. Bermula dengan ujian subjek ‘Network’ oleh Madam Sera. Segala bentuk dan jalan ujian pada malam telah diberitahu awal. Alhamdulillah.

Sedikit peerkongsian, inspirasi dan formula kejayaan seseoarang ini berbeza. Macam-macam jenis kita dengari, kita baca dari buku-buku dan sebagainya. Hakikatnya. memang sesuatu kejayaan itu perlu susah sebelum memperolehinya. Namun, penekanan terhadap teknik juga perlu dititik berat. Lagi-lagi suka ‘study last minute’.

Fokus

Daya ingatan kita berbeza. Ada yang kena macam sekali, terus faham (bukan saya). Ada yang baca berpuluhan kali, tidak juga faham hingga minit terakhir sebelum ujian. Sebab itu, saya rasakan ada sesuatu yang perlu kita janakan dengan segar iaitu mencari FOKUS.

Ulang kaji tidak perlu lama. Namun nilai dan darjah kefokusan kita perlulah ditingkat. Lagi-lagi kalau kita ini seorang ‘susah bangat’ nak ulang kaji diawal waktu. Percayalah, dengan kefokusan ini anda mampu melakukan sesuatu perkara itu baiknya. Terutama siri ujian (malam ini).

‘Smart’

Iaitu Smart Study. Bukan bermaksud kita kena berpakaian molek kalau mahu ulang kaji (study). Cukuplah kita hanya ada satu ‘ Sharp Planning’ dan cuba disiplin ‘planning’ ini anda akan merasai kesannya. Antara caranya adalah (terutama last minute), guna teknik peta minda dan mengulang kaji contoh soalan yang dibekalkan. Proses pengulangan tersebut membuatkan kita sentiasa ingat dan mudah untuk menjawab ujian.

Berkat

Perkara yang saya rasa paling ‘Muhim’. Keberkatan ini bukan datang daripada kita tapi datang dari Allah SWT. Begitu juga kita sentiasa menghormati anatar satu sama yang lain terutama para guru. Kehadiran ke kuliah mesti penuh (kecuali uzur) dan tambahan dengan hadir diawal waktu. Ini adalah cara keberkatan ilmu yang perlu kita sama-sama jagai. Sentiasa mendampingi guru (bukan bodek) juga jalan memperolehi berkat.

Moga dengan idea Fokus, Smart dan Berkat ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan memperolehi kejayaan yang disukai manusia dan diredhai Allah SWT. Selamat mencuba.

‘Jamp’ Teruk, Sabarlah

Macam biasa, MPP ada kelas di British Council (BC). Bermula 3.00 petang sampai 6.00 petang. Cuma, kali ini kami rasa paling lama ‘hidup’ di KL berbanding minggu sebelum ini. Dengan jalan ‘jamp’, takdir Allah SWT hujan tanpa henti dan kadang-kadang lebat. Memang kami ‘stuck’ lama di KL. Sabarlah.

On the way pergi, tersilap masuk jalan. Faham-fahamlah bila di KL. Once tersilap jalan, memang hilang punca. Kali ini kami pergi dengan dua buah van USIM. Satu MPP lelaki dan satu MPP perempuan (plus seorang dua MPP lelaki).

Ikut ramalan kaji cuaca pun, memang musim hujan sekarang. Musim ‘orang jual durian’ pun musim juga. So, on the road semua jenis kenderaan kena slow. Macam-macam aksi ada tadi. Aksi ‘Jackie Chan’, ‘Wong Fei Hong’, ‘Jet Li’, ‘Hang Tuah’ dan lain-lain. Bersilang-silang semua kenderaan dalam KL, ada juga bus suka main horn pun ada, memekit sekitar Jalan Ampang. Pun sabarlah.

Maka, dinasihatkan planning perjalanan anda. Sediakan payung sebelum hujan. Kesusahan dalam kesesakkan itu mengajar kita antara menjadi seorang yang SABAR atau PEMARAH serta sebaliknya.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50

Johan Qari Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50

Johan Qari Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50

JUARA: Seri Paduka menyampaikan hadiah kepada Qari Indonesia, H Mu’min yang muncul Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di Kuala Terengganu, malam tadi. Johan qariah pula disandang peserta dari Thailand, Fatimoh Harati. H Mu’min memperoleh markah 91.5 peratus mendahului 39 qari lain, manakala Fatimoh memperoleh markah 92.83 peratus menewaskan 23 qariah.

Berita Harian, 26 Ogos 2008

Last Minute

Pecah Minda

Pecah Minda

Malam ini, selesai juga assignment Hadith Maudu’; Hadith al-Mu’thorib. Tepat jam 9.15 malam di library USIM. Cuma tinggal satu lagi misi iaitu, print dan photostat assignment tadi. Entah sempat ke tak.

Dalam memahami maksud sebenar kajian tentang hadith ini, barulah dijumpa kefahaman sebenar. Hadith al-Mu’thorib adalah mengenai hadith yang sama-sama kuat, tidak boleh mentarjih antara satu sama yang lain. Kalau ditarjih juga maka ianya tidak dipanggil al-Mu’thorib lagi. Kerana ada hadith yang diakui shohih dan ada yang tho’if.

Bertapa luasnya ilmu Allah SWT ini. Dalam hadith pun ada pembahagiannya yang detail.

Giliran pembentangan insha-Allah akan berlaku tepat jam 8.00 pagi esok (26 Ogos 2008). Sama dengan tarikh Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh (apa kena mengena).

Moga pembentangan ini membawa kebaikan kepada diri dan rakan-rakan yang akan mendengar esok. Komen jika salah atau tidak faham.

Hadith al-Mu’thorib.