Hashtag #DakwatKering di WordPress

Bersarang untuk kesekian kalinya. Bila mood menulis seperti tiada mood, maka tiada lagi mood untuk menulis. Lambakan aplikasi juga membunuh mood menulis di laman ini. Apakan daya. Adanya Facebook, Twitter, Instagram, LINE, WeChat, BeeTalk dan lain-lainnya.

Hah! Berkubur nampak. Tapi masih sayangkan wadah menulis di sini. Penuh kenangan sebelum mengenal yang lain.

Update ini dulu. Lain kali tulis lagi.

Ahad

1- Ahad yang penuh dengan agenda. Bermula di Sinamax Sport Center di Gombak pada Sabtu petang hingga ke malam hari Ahad. Semuanya bersama Shazni, kawan rumah sewa.

2- “Kenali kawan dengan bermusafir dengannya.” Alhamdulillah, sedikit sebanyak berhasil. Destinasi seperti Wangsa Walk & KLCC pilihan musafir Ahad kami berdua, juga ditemani Tobrani dari Bangi.

3- Ramainya orang & banyaknya buku di Kinokuniya KLCC cukup memberi keinginan & inspirasi. Ada juga tertanya, ada ke kedai seperti itu menjual kitab-kitab Arab? Yang susunan & iringan lagu di dalam kedai cukup mempersona. Ada pula Cafe untuk lepak-ing.

4- Lainnya, kisah orang ramai khususnya Melayu Islam di kotaraya. Mana agama mereka? Mana adab kemelayuan mereka? Sangat menyedihkan. Anak gadis berpakaian tidak senonoh, bergaul seperti halal semuanya. MasyaAllah. Kalau diberi komen, kita pula dikatakan kolot, kuno & ortodok!

5- Itulah Ahad. Bermacam rencam & ragam. Di dalam keseronokan keluar ke bandar, terselit perasaan bimbang. Cukup merisaukan. ‘Bahagiamu Deritaku.’ 

Idea atau Khayalan

1- Apa yang tulis kali ini pernah ditulis di laman sosial saya, Facebook.

2- Pertama, ‘Hotel Perpustakaan’ boleh diwujudkan di Malaysia atau universiti. Ianya membantu pelajar yang tidak sempat menghabiskan masa studi di perpustakaan. Waktu perkhidmatan perpustakaan pula terhad!

3- Pesta Buku. Ramai betul manusia yang ke sana. Ramai juga ke yang membaca buku? Soalan saya selepas ke KLIBF 2013 baru-baru ini. Saya mula terfikir satu pesta buku dimana pengunjung bukan membeli, tetapi membaca di sana. Sepenuh masa & ramai seperti KLIBF.

4- Bisnes menerbangkan ‘lemang & rendang’, ‘nasi lemak kukus & ayam berempah’ & lain-lain ke luar Tanjung Malim. Mungkin juga luar dari Perak & Malaysia. Nak ke orang makan lemang di dalam AirAsia? Tidak mustahil.

5- Tiada lagi peperiksaan di universiti, hanya ‘assignment & praktikum’. Yang ini baru saya khayalkan!

Adam & Toha

1- Adam & Toha. 2 orang anak buah penyeri Mak Ayah. Adam anak sulong adik ke-3 & Toha anak sulong adik ke-2. Diantara menariknya kisah mereka ialah, anak sulong lelaki & keempat-empat mereka (Angah & isteri, Atul & suami) sama sekolah di Maahad al-Abbasiah.

2- Adam sudah masuk bulan ke-6 (kalau tak silap). Toha, baru lahir & Mak Ayah beritahu kuat menangis. Seperti Angah ketika kecil dahulu. Yelah, kehidupan ini seperti roda. Berputar & sampai giliran dengan seadanya.

3- Sebagai Paklong, tentunya gembira & syukur. Begitu juga yang lain. Nenek pun sudah berstatus Moyang. Alhamdulillah, panjang umur Nenek melihat 2 orang cicitnya. Tak lama lagi, Acu (Mak Saudara/Makcik) pula nak lahirkan seorang lagi bayi. Menghitung hari dengarnya.

4- Inilah kisah anak, cucu & cicit Allahyarham Haji Jasa Mat Atar & Mariana Bujang Gadang. Lahirnya mereka bagaikan menambah keceriaan & penguat buat Nenek yang kini seorang di kampong.

5- Mudah-mudahan, generasi ini mendoakan Atok di sana, juga Makuda.

Celoteh Hari Jumaat

1- Masa & hari semakin cepat berlalu. Tugasan sangat banyak & aku jadi tak sempat nak uruskan. Dulu, rasa lama masa & hari untuk dihabiskan. Betullah, tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna.

2- Tugas siapkan tesis. Membantu keluarga berniaga. Makca yang semakin tidak sihat & macam-macam lagi. Yelah, bila di rumah tentunya kerja rumah diberi lebih perhatiannya. Moga dipermudahkanNya, insyaAllah.

3- Pasca PRU13 tidak sudah-sudah lagi dengan dakwaan penipuan, himpunan demi himpunan, saman & lain-lain. Aku cuba tidak ambil tahu tapi tak mampu. Yelah, negara sendiri. Kena ambil tahu juga.

4- Buat BN, anda sudah menang. Laksanakanlah ‘AkuJanji’. Rakyat nak lihat & nilai. PR pula, sabar & muhasabah. Penuh hikmah kemenangan tertangguh ini. Janganlah bercakaran, nampak ‘bodoh & gila kuasa’ dilihat petugas, penyokong & pendokong parti. Fokus pengisian di negeri-negeri menang (Kelantan, P. Pinang & Selangor).

5- Rakyat terbanyak yang memenangkan parti bertanding, ‘claim’ betul-betul dengan mereka. Pasti terlaksana. Dan juga pesan kepada mereka, jangan terlalu perkauman sangat. Nanti tergadai negara.

Ragam PRU13

1- PRU13 yang dinanti-nantikan selama ini telah pun melabuhkan tirainya dengan kemenangan BN. PR belum ada rezeki. Turun & naik bilangan 7 kerusi parlimen antara 2 gabungan parti di Malaysia hari ini; BARISAN NASIONAL & PAKATAN RAKYAT.

2- Antara yang menarik, Perak & Terengganu. Berbeza bilangan kerusi ADUN yang sangat tipis. Namun, tetap memihak kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri. Kata Tuan-Tuan Guru, kemenangan yang tertangguh. Bukan kalah.

3- Peralihan mandat rakyat Kedah. 2008 diberi kepada PAKATAN. 2013 diberi pula kepada BN dengan anak Tun M diangkat menjadi MB Kedah yang baharu. Seperti masih berbisa Tun M ini.

4- Tuan Guru MB Kelantan yang selama 22 tahun memerintah Kelantan dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ tidak mengekalkan jawatannya & diberi kepada Timbalan MB yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Begitu juga halnya, Ustaz Azizan Razak dikejarkan ke hospital setelah penyakitnya semakin kritikal. Syukur, kini semakin pulih.

5- Dengan berlapis memahami corak keputusan PRU13 ini, diharapkan rakyat memperolehi keuntungan daripadanya. Misalnya, BN & PAKATAN ‘berjanji’ mahu menurunkan harga kereta. Moga ianya dilaksana & bukan lagi omong kosong.

Tunaikanlah amanah ini.

CUCU ATOK NENEK

Dibesarkan dalam famili yang ramai ni kadang-kadang menghiburkan. Apatah lagi sepupu yang ramai ni masih kecil. Yang baru lahir pun ada. Nakal budak-budak, biasalah. Alhamdulillah, dicelah ramainya cucu Nenek ni, lahir seorang anak buah, Muhammad Adam Adha. Adha sebab lahir sehari sebelum Hari Raya Korban.

Betullah. Adanya Adam, kehidupan bertambah ceria & gembira. Semua orang pangkat ataupun makin tua. Dulu Along, kini Pak Long. Dulu Ayah, kini sudah dipanggil Atok. Begitu juga dengan yang lain.

Adam merupakan cucu pertama buat Ayah & Mak. Pernahlah juga merasa jadi anak sulong & cucu sulong ni. Bagai ditimang minyak yang penuh. Walau apa pun, syukur sangat sebab dapat dididikan arwah Atok yang ‘spotting’, Nenek yang manja, Ayah yang tegas tapi mesra & Mak yang tabah lagi sabar.

Bila dah besar ni. Rasa besar pula tanggungjawab. Sulong daripada 8 orang beradik & sulong daripada berpuluh sepupu. Harapnya arwah Atok disana sentiasa didoa oleh cucunya yang ramai ni. Ameen.

Dididikan semestinya kena ada ilmu. Kalau tidak, hancur. Ataupun songsang. Rasa betul selalu. Sebab lain, ‘rumahku syurgaku’. Tema ni memang sesuai sangat & kelihatan benar. Orang kata, ‘baliklah kerumah & amanlah dunia’. Lihat sahaja gejala & masalah diluar rumah. Rasa nak duduk di planet lain je. Rasa tak sanggup.

Rumahlah tempat terbaik untuk bantu & didik anak-anak. Pastinya, Ibubapa juga wajib berperanan. Ilmunya. Soal agamanya & lain-lain. Di rumah Nenek ni, ada juga amalan solat berjamaah bila kami semua berkumpul. Biasanya raya & lain-lain majlis macam cukur rambut & kenduri. Pasti ada solat bersama-sama. Sangat hebat kesan solat berjamaah! Benarlah, 27 darjat.

Ada juga amalan baca al-Quran walaupun kadang-kadang. Nak kata sempurna, tipu pula. Tapi ada & kelihatan juga sepupu yang datang ke rumah Nenek di Berop ni, baca al-Quran sendirian. Siap menghafal lagi. Syukur sangat-sangat.

Atok dulunya garang tapi sangat mementingkan didikan yang betul. Sokmo mengajak cucunya ke surau. Orang kampung pun suka dengan Atok. Lebihnya Atok, tidak berkira & suka membantu. Moga Atok dirahmati Allah SWT. Ameen.

Ok-lah, saja ‘update’ blog yang bersawang ni. Nanti komen lagi.

Byee.