Ucapan Dasar YDP MPP USIM Sesi 2008/2009

UCAPAN DASAR

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI 2008/2009

“ Motivasi, Profesional, Perubahan”

Yang Dipertua

Yang Dipertua

Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.

Praise be to Allah, the Creator and The Sustainer of the world, Peace and Blessings be upon the Holy Prophet Muhammad S.A.W, his family and companions.

THE VISION OF USIM’S MPP

Distinguished Guests and my fellow friends,

“To Enhance Students Towards Holism and Maturity With an Islamic Identity, in Fullfilling The Vission and Mission of The University and Competitive in The National and Global Arena”.

2008 is a historic year, our beloved institution has been renamed as Islamic Science University of Malaysia and known as USIM. On behalf of the students, we as the earliest generation of Student Representative Council would like to express our pride and happiness to be part of USIM’s big family. I believe that the establishment of this institution and the elevation to its new status will be the first step towards developing the most effective and excellent human resources in conjunction with Islamic practice. Therefore, I’m optimist that we are making a great progress to achieve our vision for professionalism among students. We are very committed to this vision as it is in line with the philosophy of USIM.

In order to face these challenges, every entity of USIM, the management, lecturers and students especially should have full understanding and play important roles in order to uphold USIM’s goodwill. Thus, the Students’ Representative Council will be the catalyst to generate professionalism among students. Insya Allah, we will head the students in achieving this mission and vision of the university as a whole.

THE MISSION OF USIM’S MPP

Distinguished Guests and my fellow friends,

For this session, MPP plans to focus on developing the professionalism of students as we are established as a university. As the main body representing all students, we are very comitted in lending our hand to achieve the mission and vison of the university. We would like to focus on improving students’ quality in every single aspect together with academic emphasis. Essentially, students’ professionalism will evolve into a new generation of Muslims who are highly ethical, socially responsible, dynamic and technically and morally competent to take up the challenges of this information age.

Therefore, I would like to take this golden opportunity to announce the three axes that will be the fundamental of our mission, which we will strive for in this session. The axes are clearly stated as :

1. Empathy/Concern of Students’ Welfare

2. Optimise Students’ Intellectual Potential and Internationalisation

3. Generate Students’ Dynamic and Islamic Personality

The most important things that we have considered in deciding these three axes of our mission are the realibility of the targets to be achieved. We have also taken into account our ability as well as the relevance and relativity of the targets so that the axes are parallel to USIM’s philosop.

Y.Bhg. Dato’ dan sidang hadirin sekalian,

Majlis Perwakilan Pelajar merupakan badan perwakilan yang mewakili mahasiswa di kampus secara khusus yang mana merupakan lapangan atau medan bagi merencana dan mengasah bakat kepimipinan dikalangan mahasiswa. Ianya juga merupakan sebahagian daripada entiti penting di dalam memacu kecemerlangan universiti. Justeru itu, saya menyeru rakan-rakan semua bersedia menggalas amanah, tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik serta komitmen yang tinggi sepanjang perlantikan sesi 2008/2009 ini.

Revolusi Pemikiran: Keberanian Berfikir Secara Mendasar. Mahasiswa dipandang sebagai pemuda elit yang mempunyai keberanian untuk bersikap tegas. Asas pemikiran Barat yang tidak dibimbing dengan nilai-nilai ruhiyah, merupakan bentuk pemikiran yang tidak patut dipraktiskan oleh mahasiswa muslim. Kebangkitan pemikiran yang benar dan membawa kesejahteraan, adalah konsep berfikir yang dibimbing oleh Zat yang menciptakan manusia yang Maha tahu segala sesuatu yang baik dan sesuai dengan fitrah manusia di dalam kehidupan ini.

Oleh itu, kami bersetuju memahat visi fokus iaitu “Memangkin Mahasiswa Yang Holistik dan Matang Beridentitikan Islam Dalam Menyahut Hasrat Universiti dan Mampu Bersaing Di Arena Nasional dan Antarabangsa”, dengan hasrat membawa sedikit anjakan perubahan pemikiran dan tindakan yang lebih semasa dan ‘competent’.

Berqasadkan kepada slogan MPP kali ini iaitu Motivasi, Profesional, Perubahan. Kami benar-benar komited menterjemahkan 3 misi utama perjuangan yang murni ini sepanjang tempoh lantikan sesi kepimpinan 2008/2009. Sekali lagi kami nyatakan:

1. Empati/Prihatin Kebajikan Mahasiswa

2. Optima Potensi Intelektual Mahasiswa dan Pengantarabangsaan

3. Jana Personaliti Mahasiswa Dinamik dan Islamik

1. Empati/Prihatin Kebajikan Mahasiswa

Bagi semua kaum kea rah manapun mereka menghalakan muka, Dialah juga Tuhannya. Maka berlumba-lumbalah kamu semua mengerjakan kebaikan. Di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu semua…. (Surah Al-Baqarah: Ayat: 148)

Pencapaian peratusan pengundian sebanyak 95.75% bagi pemilhan MPP USIM Sesi 2008/2009 kali ini menyaksikan satu komitmen dan harapan besar daripada mahasiswa. Syabas dan tahniah kami ucapkan. Daripada mahasiswa kami datang kepada mahasiswa kami berbakti.

Justeru itu, MPP telah merancang, menyusun dan akan melaksanakan agenda-agenda kebajikan dalam melahirkan mahasiswa yang benar-benar bermutu dengan memastikan mahasiswa berada di dalam keadaan yang kondusi samada dalam soal fizikal, mental/rohani, kewangan, kesihatan dan sebagainya.

Merealisasikan agenda ini, pendekatan berlapang dada dan responsif menjadi penampilan utama MPP di dalam membantu mahasiswa secara keseluruhannya. Tindakan lain yang dirangka adalah mempereratkan lagi hubungan diantara pihak pentadbiran universiti, HEP, kepimpinan mahasiswa samada JAKSA atau Kelab/Persatuan. Ini bertujuan bagi memastikan soal kebajikan mahasiswa dapat ditangani secara bersama. Inilah legasi kerjasama yang wujud murni di USIM semenjak penubuhannya.

Antara usaha lain adalah, kami telah bersetuju mewujudkan Exco Perwakilan Pelajar Pandan Indah dengan bertujuan memberi lebih fokus soal kebajikan di Pandan Indah. Dalam masa yang sama, wujudnya Exco Kebajikan Pelajar Luar Kampus yang memberi prihatian kebajikan mahasiswa di luar kampus yang hari ini semakin ramai.

2. Optima Potensi Intelektual Mahasiswa dan Pengantarabangsaan

Sepanjang hari dalam hidupku, jika sehari tidak bertambah ilmu pengetahuan yang boleh mendampingi diriku kepada Allah Yang Mulia Lagi Agong, maka tidak ada keberkatan bagiku semenjak terpancarnya matahari pada hari itu!


Optima Potensi Intelektual Mahasiswa. Sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara yang merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan kebangsaan, usaha harus ditekankan kepada melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang berteraskan kepada agama. Memang menjadi hasrat MPP agar warga USIM berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi serta berakhlak mulia agar mereka dapat memberikan sumbangan bermakna kepada kemandirian ummah mengikut lunas-lunas agama yang diredhai oleh Allah SWT.

Bertepatan dengan firman Allah SWT:

Carilah kebahagiaan di Akhirat disamping tidak melupakan tanggungjawab sebagai khalifah dalam kehidupan di dunia.

Keseimbanggan duniawi dan ukhrawi amat dituntut dalam mengembalikan keagungan maruah umat Islam yang semakin ditindas akibat tidak mendaulatkan nilai ilmiah dalam kehidupan setiap insani.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya adalah dengan ilmu.


Maka jelaslah dari apa yang dinyatakan oleh Rasullullah SAW bahawa keseimbangan itu adalah suatu tuntutan dalam menjana jati diri mahasiwa yang utuh pendirian dan kefahaman.

Pengantarabangsaan. Mahasiswa yang berkualiti mampu melahirkan generasi yang boleh menjadi ‘global player’ dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti jatidiri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus dunia tanpa sempadan hari ini. Selain itu, dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan kelemahan di dalam konteks intelektual akan menyebabkan sesuatu bangsa dan Ummah dinyahbelakangkan dan dipandang rendah.

Justeru, MPP bersedia untuk bersaing dalam arena global bagi memenuhi tututan semasa yang memerlukan kemahiran-kemahiran semasa dalam menggapai kecemerlangan dan kejayaan dalam saingan yang semakin mencabar kini. Usaha MPP kearah mengadakan program-program bersifat nasional dan antarabangsa seperti Konvensyen, Seminar, Diskusi Ilmiah dan sebagainya berkaitan isu-isu kebangsaan dan global. Contohnya, isu ummat Islam sejagat seperti Palestin.

Kami komited dan yakin sekiranya mahasiswa diberi rangsangan-rangsangan ini dan peka dengan isu-isu sekeliling, USIM mampu melahirkan suatu legasi generasi yang idealis dan pragmatik. Moga-moga, kepimpinan Negara-Negara Islam akan lahir daripada acuan USIM ini sendiri. Ini sekaligus bukan sahaja meletakkan USIM gah di mata dunia pendidikan Malaysia, bahkan juga menjadi sebutan di persada dunia pendidikan antarabangsa.

3. Jana Personaliti Mahasiswa Dinamik dan Islamik

Seorang mu’min yang gagah lebih baik dan sangat disayangi oleh Allah, berbanding dengan mu’min yang lemah.


Personaliti dinamik dan Islamik menjadi aspirasi perjuangan MPP kali ini, ia bagi menyangkal sangkaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap mahasiswa Islam yang hanya statik dan tidak mengasah nilai tambah yang seharusnya ada dalam diri mereka. Kita ingin melahirkan ikon-ikon dikalangan masyarakat dalam menyumbang kepada pembentukan sahsiah yang Islamik disamping mampu bertindak secara profesional dan efektif. Mahasiswa perlu lebih berani memberi pandangan dan pendirian terhadap isu-isu semasa samada diperingkat nasional mahupun antabangsa.

Personaliti yang dimaksudkan adalah merangkumi soal intergriti, spiritual, peribadi dan sebagainya. Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Justeru itu, melalui modus operandi Exco Pembangunan Spiritual dan Sahsiah MPP bertanggungjawab secara bersama mengadakan program-program yang membantu peningkatan nilai taqwa dikalangan mahasiswa khususnya dan warga kampus umumnya. Seperti contoh, program tradisi MPP iaitu Dakwah Talk, Pengajian Kitab-Kitab Turash dan sebagainya. Keilmuan kitab-kitab agong ini haruslah diperkenalkan secara menyeluruh.

Ingatlah, “When we build a material civilization, a spiritual civilization must accompany it”.

Y. Bhg. Dato’ dan sidang hadirin sekalian,

Justeru, kami amat mengharapkan kerjasama jitu daripada pihak pentadbiran universiti, HEP, kepimpinan mahasiswa samada JAKSA atau Kelab/Persatuan untuk bersama-sama membantu USIM dalam mencapai aspirasi dan wawasan universiti. Sebelum mengakhiri kalam, kami barisan kepimpinan baru MPP USIM memohon agar diberi kerjasama yang baik dan tunjuk ajar dari semua pihak. “No people born to be a good leader, but many ordinary people were trained to be great leaders”.

Semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa berada di sisi kami dalam setiap apa tindakan yang kami lakukan. Segala yang baik datang daripada Allah sedang segala kekurangan adalah datang daripada kedangkalan dan keterbatasan ilmu pengetahuan. Kami memohon maaf atas salah dan silap sepanjang ucapan ini berlangsung.

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh:

Muhammah Alif Ismail

YDP MPP USIM Sesi 2008/2009

3 thoughts on “Ucapan Dasar YDP MPP USIM Sesi 2008/2009

  1. Salam Alif. Congratulation to u as a new ydp mp USIM. Hope u can do da best in ur missions. My praying is always by side of ISLAM. We can’t judge a book by its cover right?? So, do ur best n common ur great…
    Shalom..

Leave a comment